
Kesirat merupakan sejenis kueh tradisional orang melayu sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Kebanyakan orang melayu dahulu membuat kesirat hanya menjelang tiba hari raya sahaja, ini membuatkan apabila kita hendak merasa kesirat pada bulan-bulan raya sahaja.
Kesirat diperbuat dari pada beras pulut, yang sebaik-baiknya beras pulut susu, santan kelapa, gula putih, gula melaka dan gula merah

Cara masak kesirat perlu diambil perhatian yang lebih,apabila dimasukkan bahan kedalam kuali atau kawah, bahan perlu sentiasa dikacau agar bahan campuan tidak melekat pada prmukaan kuali dan mengelakkan bahan dari menjagi hangus.Pulut yang telah dibasuh hendaklah digoreng dengan api yang pelahan sehingga pulut bertukar warna menjadi kekuningan.
Tempuh memasak kesirat agak lama dengan api yang pelahan iaini dalam 2 ke 3 jam bagi menjamin kesirat tidak mudah rosak, tengit dan berkulat.Apabila dikacau didalam kuali kesirat tidak melekat pada permukaan kuali dan dah terbit minyak,ini kesirat telah cukup masak.
Kesirat yang cukup masak boleh disimpan dan boleh bertahan selama 3 minggu tidak berkulat. Bagi mendapatkan lebih lama tahan, kesirat disimpan didalam peti sejuk, ianya boleh bertahan lama.
Pembukusan Kesirat:

Berat 2 kilogram - RM 30.00 - Termasuk Pos.

Berat 1 Kilogram - RM 15.00 - Termasuk Pos

Berat 500 gm. - RM 8.00 - Termasuk Pos

Berat 250 gm. - RM 4.00 - Termasuk Pos
Pembukusan untuk Sebagai Buah Tangan,
Majlis Perkahwinan dan Pertunangan
serta Perbagai Majlis..
Tempahan 300 Lebih dan keatas...
Berat 150 gm. - RM 1.50 seunit
